Wednesday 14 September 2011

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRESS DAN KEHIDUPAN SIHAT.


  1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
  2. Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi.  Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangaMn dalam sehari.
  3. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.
  4. 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
  5. Kurangkan kafein
  6. Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres.  Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.
  7. Kurangkan pengambilan garam.
  8. Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.  Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.
  9. Kurangkan gula
  10. Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.
  11. Berhenti merokok
  12. Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan.  Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.
  13. Berhenti dari pengambilan alkohol
  14. Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.
  15. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
  16. Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.
  17. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt
  18. Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
  19. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur
  20. Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.
  21. Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
    Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:
Sel darah merah :
  1. Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
Sel darah putih :
  1. Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
  2. Platlet dan plasma
  3. Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.
PYRAMID MAKANAN ( 1.1 )

No comments:

Post a Comment