AMALAN pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh.
Bagi kebanyakan penyakit tertentu, amalan pemakanan seseorang mempunyai kaitan rapat dengan penyakit yang dihidapi.
Demikian menurut Pakar Perubatan Gastroenterologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aminuddin Ahmad.
Katanya seperti penyakit-penyakit kanser lain, punca kanser perut masih belum dapat dikenal pasti.
Bagaimanapun, katanya kemungkinan sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai N-nitrosa (N-Nitrosa compound) yang terhasil daripada makanan yang mengandungi nitrat yang diubah menjadi nitrit mungkin boleh menyebabkan kanser perut berlaku.
³Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang diasap atau mengandungi banyak garam seperti ikan atau daging masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut,¹¹ jelasnya.
Selain itu, faktor baka dan individu yang dikategori dalam kumpulan darah jenis A, berisiko tinggi mendapat kanser perut anemia pernisiosa iaitu kelainan pada sel-sel perut yang bersifat autoimun boleh meningkatkan risiko kejadian kanser.
Aminuddin memberitahu, kanser ini secara umumnya berlaku ketika usia yang lanjut.
³Lebih 60 peratus kes-kes kanser yang ditemui pada pesakit yang berumur 65 tahun ke atas biasanya terdiri daripada golongan lelaki,¹¹ ujarnya.
Tambahnya, negara Jepun dan Finland adalah antara negara yang mempunyai kadar pesakit kanser perut yang tertinggi di dunia. Sebaliknya, Amerika Syarikat menunjukkan bilangan kanser perut semakin menurun tanpa sebab yang jelas.
Kajian yang dijalankan oleh UKM dari 1983 hingga 1989 mendapati, kanser perut ini berlaku lebih kerap di kalangan lelaki iaitu 64.9 peratus berbanding wanita iaitu 35.1 peratus.
"Peratusan di kalangan bangsa pula menunjukkan, Cina mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 68.0 peratus, India 16.5 peratus dan Melayu 15.5 peratus,"¹ jelasnya.
Beliau memberitahu, kelambatan diagnosis kanser perut merupakan masalah utama yang dihadapi oleh pakar perubatan dalam menangani kes kanser di Malaysia.
Ini disebabkan gejala kanser perut hanya timbul setelah ketumbuhan tersebut di tahap yang kronik dan terlalu lewat. ³Umumnya, pesakit tidak akan menimbulkan apa-apa aduan di mana keadaan ini menyukarkan doktor menentukan jenis penyakit yang dihidapi.
"Kadangkala, gejala yang dihidapi oleh pesakit kanser perut mempunyai persamaan dengan pesakit yang menghidap gastritis atau ulser perut," katanya.
Kebanyakan pesakit ulser perut yang datang berjumpa doktor mengadu sakit pada bahagian ulu hati.
Oleh itu, mereka dirawat sebagai pesakit ulser atau gastrik tanpa pemeriksaan lanjut seperti X-ray atau endoskopi.
Biasanya, kata beliau hingga kini dari segi rawatan kanser perut masih belum menunjukkan satu peningkatan kerana hasilnya ditahap yang kurang baik.
"Selama empat abad, jumlah kematian dan ketahanan hidup selama lima tahun, masih belum menunjukkan peningkatan kadar penyembuhannya," ujar beliau.
Ini disebabkan, ketumbuhan penyakit ini berlaku secara senyap dan kronik serta lewat dikesan maka prognosisnya bergantung pada tahap pertumbuhan kanser tersebut.
Bagaimanapun, kanser perut yang dikesan di peringkat awal (early gastric cancer) berpotensi untuk sembuh berbanding kanser perut peringkat lewat.
Antara ketumbuhan ganas yang paling banyak ditemui ialah dari jenis sel-sel rembesan (secreation) perut (adenokarsinoma) sel-sel limpa (limfoma) dan sel-sel serat (leiomiosarkoma).
Kanser perut ini berbahaya kerana ia boleh merebak tanpa kawalan dan mengakibatkan saluran makanan ke perut tersumbat.
Ia mengakibatkan terhalangnya pengaliran makanan ke usus dan menyukarkan laluan makanan yang masuk ke perut.
JENIS KANSER PERUT
Semua kanser perut dikategorikan kepada empat jenis dari aspek bentuk ketumbuhannya iaitu :
* Polypoid carcinoma
* Fungating carcinoma
* Ulcerated carcinoma
* Diffusely infiltrative carcinoma
Keempat-empat jenis kanser ini berbeza dari aspek peringkat, jenis dan bentuk ketumbuhan.
GEJALA KANSER PERUT
Gejala kanser perut bergantung kepada tahap keseriusan kanser yang dihidapi, sama ada kanser perut peringkat awal atau kanser peringkat lanjut.
* Kanser perut peringkat awal
Kanser perut pada peringkat ini adalah kanser yang masih belum merebak hingga ke lapisan otot (muskularis propia) di mana ia hanya berlaku pada permukaan perut (mukosa) atau submukosa * Kanser perut peringkat lanjut
Manakala kanser yang dikategorikan jenis ini, apabila ia telah menembusi lapisan otot atau telah tersebar pada lain-lain anggota tubuh yang berhampiran atau yang jauh.
Gejala klinikal yang paling kerap berlaku ialah :
* Sakit pada abdomen (70.1 peratus)
* Kemerosotan berat badan ( 59.8 peratus)
* Muntah (16.5 peratus)
* Asites (busung) (13.4 peratus)
Keadaan ini disertai dengan tanda-tanda fizikal termasuklah :
* Ketulan pada ulu hati epigestrium (16.5 peratus)
* Asites (busung) 13.4 peratus
* Anemia (kurang darah) 7.2 peratus
Kebanyakan pesakit mengadu mengalami rasa :
* Nyeri pada bahagian ulu hati yang tidak menentu.
* Ketidakselesaan.
* Bisa-bisa pada perut yang timbul dan hilang.
* Hilang selera makan atau aneroksia dan disertai loya.
* Penurunan berat badan.
Gejala ini berkaitan lokasi dan bentuk ketumbuhan yang dihidapi oleh seseorang. Pesakit yang mempunyai ketumbuhan polypoid pada bahagian atas perut (kardia) akan mengalami masalah disfagia atau susah menelan.
Begitu juga pesakit yang mempunyai ketumbuhan yang sama pada bahagian antrum pilorik mengakibatkan pesakit muntah kerana berlakunya penyumbatan pada saluran pemakan pilorus.
Manakala kanser yang berlaku pada keseluruhan dinding perut linitis plastika, mereka akan terasa cepat kenyang dan perut penuh apabila diisi sedikit makanan.
Keadaan ini disebabkan keseluruhan perut mengecil.
Jika berlaku luka (ulserasi) pada ketumbuhan tersebut, selain rasa nyeri kesan sampingan lain yang timbul ialah muntah darah (hematemasis) atau najis yang mengandungi darah (melena) Luka yang serius mengakibatkan kebocoran pada perut.
Di samping itu, tanda-tanda lain yang timbul akibat penyebaran sel-sel kanser pada organ-organ lain (metastasis) mengakibatkan perut: * Membesar kerana busung (asites)
* Mata menjadi kuning (jaundis) kerana berlakunya penyumbatan saluran hempedu
* Nyeri tulang
* Gejala urat saraf yang disebabkan penyebaran ke otak dan selaput otak (meningitis)
* Batuk dan sesak nafas kerana sel-sel kanser merebak ke paru-paru.
* Terdapat benjolan pada ulu hati di mana pesakit kelihatan pucat, biasanya pesakit ini berada di tahap yang serius.
Akibat kehilangan darah yang terlalu banyak, pesakit menjadi pucat kerana kekurangan zat besi.
RAWATAN
Pembedahan merupakan rawatan terbaik untuk pesakit yang dikesan menghidap kanser peringkat awal.
Bagaimanapun, pembedahan ini hanya jika keadaan pesakit pada tahap yang lewat dan tidak dapat disembuhkan dengan sempurna. Pesakit di peringkat lewat pula dirawat dengan kemoterapi dan menggunakan 5-Flourouracil atau kombinasi doxorubcin dan mitomycin.
Ini kerana, pesakit kanser perut di peringkat lewat, rawatan pembedahan tidak memberi sebarang kebaikan kerana sel-sel kanser telah merebak di seluruh tubuh.
KOMPLIKASI
Secara keseluruhannya pesakit akan mengalami :
* Perdarahan
* Muntah darah
* Berak darah
* Tersumbat kawasan perut
* Kebocoran perut
* Anemia (kurang darah)
* Kurang berat badan
* Selepas pembedahan
* Bahagian perut yang telah dibuang mengakibatkan cirit-birit kerana kurang penghadaman makanan
* Kurangnya zat makanan
PENCEGAHAN
Sebagai langkah awal untuk mengesan kanser perut ialah memastikan semua jenis kesakitan pada ulu hati atau perut mendapat penyelidikan yang rapi. Ini penting terutama pada pesakit yang berumur melebihi 40 tahun.
Mereka yang mempunyai sejarah muntah darah dan najis berdarah haruslah menjalani endoskopi untuk memastikan punca perdarahan tersebut.
Hanya dengan mengambil berat mengenai gejala klinikal doktor dapat mengesan penyakit in lebih awal.
Dari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.
Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.
Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.
Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik - sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.Epidemiologi
Barah perut berleluasa di China, Jepun, Korea, dan negara Asia dan Amerika Selatan, berbanding Amerika Syarikat.Gejala
Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:
* Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
* Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
* Mual dan muntah;
* Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
* Kembung perut selepas makan;
* Hilang selera makan;
* Lemah dan letih; dan
* Pendarahan (muntah atau berak berdarah).
Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).Diagnosis
Untuk menentukan punca gejala, doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit, melakukan ujian fizikal, dan mungkin mengarahkan kajian makmal. Pesakit mungkin melalui satu atau kesemua pemeriksaan berikut:
* ujian darah okult najis (Fecal occult blood test)
* Siri GI bahagian atas (Upper GI series)
* Pemeriksaan gastroskopik
Tisu tidak normal yang kelihatan dalam pemeriksaan gastroskop akan di biopsi oleh pakar bedah atau gastroenterologist. Tisu ini kemudiannya akan dihantar kepada patologi untuk pemeriksaan histologi di bawah mikroskop untuk memeriksa kehadiran sel barah. Biopsi, dengan analisa histologi berikutnya merupakan satu-satu cara memastikan kehadiran sel barah.Tahap
Jika ahli patologi menjumpai sel barah dalam contoh tisu, doktor pesakit perlu mengatahui tahap, atau setakat mana, penyakit merebak. Pemeriksaan tahap merebak dan ujian akan membantu doktor mengetahui samada barah telah merebak dan, jika benar, bahagian mana tubuh terbabit. Kerana barah perut mampu merebak ke hati, pankreas, dan organ lain berhampiran perut termasuk juga paru-paru, doktor mungkin memilih imbasan CT (atau CAT), pemeriksaan ultrasound, atau ujian lain untuk memeriksa bahagian ini.
Pentakrifan mungkin tidak akan selesai sehingga selepas pembedahan. Pakar bedah akan membuang nod limfa berhampiran dan mengambil tisu contoh dari kawasan lain di bahagian abdomen. Kesemua contoh ini diperiksa oleh ahli patologi untuk mengesan sel barah. Keputusan mengenai rawatan selepas pembedahan bergantung kepada keputusan ujian ini.

Rawatan
Pelan rawatan dirancang oleh doktor menurut keperluan setiap pelanggan. Rawatan untuk barah perut bergantung kepada saiz, lokasi, dan tahap tumor; peringkat perkembangan penyakit; kesihatan pesakit secara umum; dan faktor lain.
Kebanyakan mereka yang mengidap barah ingin mempelajari semua yang mungkin berkenaan penyakit dan pilihan rawatan barah perut agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam menentukan rawatan perubatan. Doktor merupakan orang terbaik bagi menjawap soalan berkenaan diagnosis dan rancangan rawatan.
Apabila seseorang disahkan mengidap barah, kejutan dan tekanan (stress) adalah reaksi biasa. Perasaan ini mungkin menjadikan sukar bagi seseorang berfikir mengenai kesemua perkara yang mereka ingin tanyakan kepada doktor. Seringkali, ia membantu dengan menyediakan senarai soalan. Bagi membantu mengingati apa yang diberitahu oleh doktor, pesakit boleh mencatat atau bertanya samaada mereka boleh menggunakan pita rakaman. Sesetengah orang juga mahukan ahli keluarga atau rakan mereka bersama-sama ketika berbincang dengan doktor -- untuk turut serta dalam perbincangan, mengambil nota, atau hanya mendengar. Pesakit tidak perlu rasa untuk bertanya kesemua soalan mereka atau meningati kesemua jawapan serentak. Mereka akan mempunyai peluang untuk bertanyakan doktor untuk menjelaskan perkara dan mendapatkan maklumat lanjut.
Apabila berbincang mengenai pilihan rawatan, pesakit mungkin ingin bertanyakan mengenai membabitkan diri dengan kumpulan kajian penyelidikan. Kajian sedemikian, dikenali sebagai ujian klinikal, direka bagi membantu rawatan barah.
Pesakit dan mereka yang tersayang pastinya ragu mengenai keberkesanan rawatan. Kadang kala mereka cuba menggunakan statistik untuk mengetahui samaada pesakit dapat disembuhi, atau berapa lama pesakit mampu hidup. Amat penting untuk diingati bahawa statistik merupakan purata berdasarkan sejumlah besar pesakit. Ia tidak boleh digunakan bagi meramal apa yang akan berlaku kepada seseorang yang khusus kerana tiada dua pesakit barah adalah serupa; rawatan dan tindak balas jauh berbeza. Pesakin mungkin ingin berbincang dengan doktor mengenau peluang untuk sembuh (prognosis). Apabila doktor berbincang mengenai barah, mereka menggunakan istilah pergi (remission) dan bukannya sembuh. Ini disebabkan walaupun ramai pesakit sembuh sepenuhnya, doktor menggunalkan istilah ini kerana ia mampu kembali.Mendapatkan pendapat kedua
Memutuskan jenis rawatan adalah rumit. Kadang-kala ia membantu pesakit bagi mendapatkan pendapat kedua mengenai diagnosis dan pelan rawatan. (Sesetengah syarikat insurans memerlukan pendapat kedua; yang lain mungkin membayar bagi pendapat kedua sekiranya pesakit memohonnya.) Terdapat beberapa cara bagi mendapatkan pendapat doktor lain:
Doktor yang memeriksa pesakit akan mencadangkan rujukan kepada seorang pakar perubatan. Pakar-pakar yang terlibat ialah pakar gastroenterologi, pakar bedah, pakar perubatan onkologi dan pakar onkologi radiasi.

apricot penawar kanser payudara, kanser paru-paru, kanser darah, kanser tulang, kanser otak, kanser kulit, lymphoma, kanser hati — $149
Kernel Aprikot kaya dengan zat besi & amygdalin atau B17 (Agen Kimoterapi).
-komponent yang terdapat pada biji aprikot (amgdalin) mengandungi kesan yang efektif melawan dan membunuh kanser.
-terbukti secara saintifik (scientific prove)
-mampu merawat penyakit-penyakit serius seperti kanser, kencing manis, jantung, gout, parkinson & asma.
-mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
-mengurangkan berat badan,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah.
-mengimbangkan kandungan gula dalam darah
-meningkatkan kesihatan mental & memori
-membersihkan arteri

PROSEDUR ENDOSKOPI MERUPAKAN LANGKAH TERBAIK UNTUK MENCEGAH KENSER PERUT. |
Ramai yang mengambil remeh apabila mengalami sakit perut. Sakit perut seringkali dikaitkan dengan keracunan makanan, perut memulas, senggugut, angin dan sebagainya.
Sakit perut yang berlarutan adalah petunjuk bahawa seseorang itu kemungkinan menghidap kanser perut.
Kanser perut berlaku atas beberapa faktor seperti kehadiran sejenis bakteria helicobacter pylori, pengambilan makanan pedas dan berasid.
“Kehadiran bakteria helicobacter pylori menyebabkan seseorang itu mengalami perut kembung dan angin.
“Makanan berasid seperti makanan yang dijeruk dan makanan yang boleh disimpan lama boleh mengganggu kesihatan perut. Sebagai contoh, insiden kanser perut yang tinggi berlaku di Jepun dan Korea kerana kebanyakan masyarakat di sana mengambil makanan berjeruk,” kata pakar bedah dan runding gastrousus, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ramesh Gurunathan ketika ditemui baru-baru ini.
Berdasarkan 10 kanser teratas yang paling umum menyerang masyarakat Malaysia, kanser perut berada di tangga ketujuh menyerang lelaki manakala di tangga yang kesepuluh menyerang wanita.
Statistik mendedahkan golongan lelaki lebih ramai mendapat kanser perut mungkin kerana tabiat minum minuman keras dan merokok.
Di Malaysia sejak tahun 1997, sekitar 700 kes baru kanser perut dilaporkan. Sedekad kemudian, angka tersebut meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 1,400 kes.
Daripada jumlah tersebut, setiap tahun sekurang-kurangnya 10 peratus penghidap kanser meninggal dunia. Peningkatan itu dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan orang ramai terhadap tanda-tanda awal penyakit itu.
Gejala sama
“Tanda-tanda awal kanser perut sama seperti gastrik iaitu kembung perut, sakit perut apabila makan dan cepat kenyang.
PROSEDUR endoskopi merupakan langkah terbaik untuk mencegah kanser perut.
“Apabila ada tanda-tanda sebegini, ramai yang cuba merawat penyakit mereka dengan membeli ubat di farmasi untuk melegakan kesakitan walaupun keadaan tersebut berulang setiap bulan,” ujarnya.
Ramai yang tidak sedar bahawa ia adalah tanda-tanda awal kanser perut kerana simptomnya sama dengan sakit perut biasa dan gastrik.
“Hanya satu cara saja untuk mengesan sama ada kesakitan tersebut disebabkan kanser atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan endoskopi.
“Kamera akan dimasukkan ke dalam perut bagi menjalani prosedur ini. Ia mampu mengesan ketumbuhan atau ulser dan bakteria di dalam perut. Jika seseorang itu memilih untuk merawat sendiri, maka dia akan terlepas peluang mengesan kanser pada tahap awal,” jelasnya.
Simptom kanser perut pada tahap satu dan dua sama seperti gastrik kerana ia tidak menunjukkan perbezaan. Walaupun mempunyai simptom yang sama, tetapi gastrik dan kanser perut adalah dua penyakit yang berbeza.
Seseorang yang menghidap simptom seperti tiada selera makan, berat badan turun secara mendadak, muntah-muntah sejurus habis makan dan najis berwarna hitam pada tahap tiga dan empat yang boleh menyebabkan kematian.
Kanser pada tahap dua dan tiga boleh dirawat melalui pembedahan, manakala tahap empat biasanya pesakit akan menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi kerana sel kanser telah merebak ke hati dan paru-paru.
Pemeriksaan endoskopi
Sejauh manakah jangka hayat seseorang itu apabila didiagnos menghidap kanser perut?
“Hayat seseorang pesakit itu bergantung kepada tahap kanser yang dialami. Berdasarkan statistik, 70 hingga 80 peratus pesakit berada pada tahap tiga dan empat.
GAMBAR 1.1 KENSER PERUT TAHAP 1 / 4 ( KRITIKAL ) |
BACTERIA HELICOBACTER PYLORI ANTARA PUNCA KENSER PERUT |
“Tidak ramai yang datang pada tahap satu dan dua. Jika kita merawat pesakit pada tahap awal, jangka masa hidup mereka lebih lama berbanding tahap tiga dan empat,” katanya peluang pesakit tahap tiga dan empat untuk hidup adalah antara enam bulan hingga setahun walaupun mendapat rawatan.
Di Malaysia mereka yang berumur 45 tahun ke atas adalah kelompok yang paling ramai menghidap kanser perut. Pada masa yang sama, mereka yang obes juga berisiko tinggi mendapat kanser tersebut.
Pengambilan makanan berlemak, bergoreng dan kandungan garam yang tinggi antara puncanya.
Sementara itu, pakar perunding gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Profesor Takeshi Sano memberitahu, peningkatan kes kanser perut berpunca daripada kurang pengetahuan mengenainya.
“Sehubungan itu, pemeriksaan endoskopi sangat penting untuk mengesan sama ada seseorang itu menghidap kanser perut atau tidak lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga.
“Jika anda mengalami sakit perut yang berulang, jangan ambil ringan kerana ia mungkin kanser perut pada tahap awal,” katanya ketika ditemui pada Kongres Kanser Gastroesofagel Asia Pasifik Ketiga di Pusat Konvensyen Swan, Pusat Perubatan Sunway baru-baru ini.
“Walaupun kanser sudah dirawat, ada kemungkinan ia berulang tetapi ia jarang berlaku. Sehubungan itu, seseorang pesakit itu harus dipantau oleh doktor selepas menjalani pembedahan atau endoskopi.
“Endoskopi bukanlah sesuatu yang menyakitkan dan prosedur itu mengambil masa antara lima hingga 10 minit. Pesakit boleh berehat satu hingga dua jam dan boleh pulang ke rumah atau melakukan aktiviti harian seperti biasa. Ia bukanlah pembedahan,” terangnya.
Di Jepun, 100,000 kes baru melibatkan kanser perut dikesan setiap tahun. Separuh daripada jumlah tersebut merupakan kanser perut pada tahap awal.
Sekitar 95 peratus dapat dirawat melalui pembedahan manakala selebihnya tampil dengan kanser pada peringkat yang tidak boleh dirawat.
“Tidak perlu malu atau takut untuk melakukan endoskopi. Sangat berbaloi melakukannya kerana ia dapat menyelamatkan nyawa anda,” tegasnya.